Diksi Luka Menari

hujan ini seperti mengerti
rimbunan duka dihati bergugur jatuh
langit mendung meraih simpati
aku berdiri meratap keluh.

khabar semalam
ketika riang menggulung ketawa
kau datang bersama senyum paksa
menghulur nota menitip noda
kerana rasa aku tercela.

apa aku ini?
cuma tapak semaian nafsu
kau lontar serakah janji
aku juga kau khianati, dilukai.

tinta ini mencari henti
antara ruang ruang diksi
ada lopak lopak luka
tak bisa terubati meski waktu berlalu pergi.

kau butuh aku waktu sepi
saban dinihari aku termangu
perlu apa rasa ini
masih juga aku simpan rapi
sedang lama sudah ternodai
kita itu cuma mimpi

aku tiada lagi
untuk membenar palat luka itu menari
untuk terbiasa pada rintihan lewat pagi
mencanang cinta pada hati mati
cukuplah, perlunya aku pergi.


0 comments: