Mana Warga Desa


Mana hilang warga desa,
Hidup tiada lagi berbudi bahasa,
Kehidupan penuh sia sia,
Pagi ke malam siang ke petang membuang masa.

Mana pergi warga desa,
Adat ketimuran sudah mula tiada,
Budaya celah barat mana diagung mulia,
Hari hari hidup melukis noda.

Kenapa senyap warga desa,
Dulunya lantang berjuang bela,
Kuasa diguna syariat terjaga,
Sudahnya kerana kuasa syariat binasa.

Binasa sudah warga desa,
Nak disalah siapa semuanya sama,
Ada pemerintah sepertinya tiada guna,
Agama dipersenda hanya demi kerana kuasa.

Radin Aizuddin , Februari 2013

Masa Berbaki


Dalam lohong lohong masa yang ada,
Jangan dilupa tanggungjawab padaNya.

Dalam ruang ruang waktu yang masih bersamamu,
Jangan dilupa pada jasa dan budi orang tua mu.

Dalam setiap detik saat jam berganti,
Jangan berhenti dikutip ilmu itu untuk masa susah nanti.

Dalam baki baki hidup dihari ini,
Persiap diri bila tiba masanya nanti menghadap Ilahi.

Radin Aizuddin , 2013

Marhaen Kini


'Saya janji, Kami janji, Gomen janji',
Bila pula untuk ditepati,
Harapan bergunung impian membuka panji,
Panji penipuan diiring gema tempik korupsi.

Datang wasatiyyah memain peranan,
Penjimatan dicanang tatkala hakikat kelihatan,
Menipu jiwa intelek sudahnya terlihat kebodohan,
Politikus berjanji marhaen kini sudah bosan.

Semakin tanggal penamat datang semakin kecundang,
Tiba saat nanti syaitan ini akan hilang,
Tetapi yang hairan masih ada yang perjuang,
Kocek tepi berisi semua muka tenang.

Tarian kuda menjadi pilihan,
Disaat masih ramai yang melukut dititian kesusahan,
Orang orang ini meneruskan pembaziran,
Membazirkan helaian ringgit meninggalkan rasa hairan,
Dikhabarkannya pembaziran ini untuk marhaen,
Orang orang ini meraih sokongan penuh kasihan.

Hentikanlah segala kebodohan dan kehodohan,
Sudahlah dengan penipuan demi penipuan,
Marhaen kini sudah bangun,
Marhaen kini menuju perubahan,
Marhaen baru ini marhaen berwawasan.

Radin Aizuddin , 2013


Sepuluh Purnama


Jarum masa berdetik lagi,
Hari berganti hari,
Bulan silih berganti,
Lembah kenangan penuh memori akan sentiasa kekal abadi.

Mawar menjadi penghuni hati,
Mencurah sayang dan cinta untuk kasih ini,
Mawar yang setia sentiasa disisi,
sepuluh purnama menjadi saksi ikatan kasih yang penuh beerti.

Mawar utuh membela diri,
Dikala hati terluka mawar rela berdiam diri,
Bukan kerana salah terbukti, 
Tetapi kerana kasih yang suci,
Mawar rela beralah diri memberi nafas untuk hubungan ini.

Mawar yang dikasihi,
Mawar yang disayangi,
Mawar yang dirindui,
Mawar yang dicintai.

Terima kasih untuk kebahagiaan ini,
Terhutang jasa, pengorbanan dan budi,
Terimalah puisi cinta ini,
Sepuluh purnama hubungan cinta kini,
Semoga hingga ke syurga nanti.

Radin Aizuddin , 2013

Bodoh Orang Kini


Zaman kian berubah. Modenisasi kian bercambah. Namun yang menduka citakan bila makin banyak hati hati dan jiwa jiwa yang terikat dek kuasa sang pemerintah.

Menurut dan membenarkan ketidakadilan dan penindasan bermaharajalela. Setiap hak masyarakat dikunyah dan diludah sang pemerintah, perlahan dan kejam.

Tetapi masyarakat yang takutkan lebih hukuman manusia daripada hukuman Maha Pencipta meredhakan kesundalan itu meniti setiap jalur-jalur kehidupan seharian.

Radin Aizuddin , 2012

Adat Menuntut Ilmu


Ruang liku disusuri, 
Gelap malam diredahi,
Ombak badai ditempuhi,
Sakit senang dihadapi. 
Ilmu berguna memilikinya susah,
Ikhlas hati Insyallah mudah.

Radin Aizuddin

Kau Babi


Kau seru keamanan, sedangkan kau mencambah pergaduhan,
Kau laung perpaduan, sedangkan kau punca perkauman,
Kau janji kata setia, sedangkan kau pemungkir janji tegar,
kau tabur gula gula, supaya mereka kononnya menagih simpati.

Kau fitnah, kau caci, kau maki,
Kau gambarkan pihak satu lagi seperti setan perosak bumi,
Kau manipulasi, kau raja segala korupsi,
Kau tunggu satu masa nanti, kau pasti menyembah bumi.

Kau kata demokrasi, sedangkan kau kepala bana monarki,
Kau kata undang-undang pembela diri, sedangkan kau sendiri khianati,
Kau guna wang kekayaan, sehingga mereka tergantung diri,
kau guna kekejaman, hingga badan bercerai diri.

Kau kata kau pemimpin, tapi kau pun tidak terpimpin,
Kau bilang kau pemimpin, dengan anak kecil kau dipermain,
Kau teriak kau pemimpin, bini melenting kau sembunyi belakang kain,
Kau bukan pemimpin, kau hanya babi yang terpimpin.

 Radin Aizuddin , Januari 2013