Tidurlah Sayang

Sepertiga malam,
Terjaga aku daripada lena,
Dan kau masih memerhati aku tanpa berganjak sejak tadi,
Ingin jaga lena ku bilang kau,
Aku diam,
Aku selesa mata indahmu menjaga mimpi malam ku,
Selamat aku dalam dakapan perhatianmu,
Tenang aku dalam lindungan kasih mu.

Malam kian lewat,
Tujulah ke kamar tidurmu sayang,
Aku jaga diri aku janji,
Usah kau risau aku tak akan hilang,
Tidurlah sayang.

Langit Malam


Langit malam,
Jangan biarkan dia pergi jauh terbang melayang,
Meninggalkan bayang bayang yang tak bisa aku kapai,
Menjauhkan aku dengan nikmat kasih sayang.

Langit malam,
Jika gelap malam mu bisa berdusta,
Katakan padaku dia masih ada bersama,
Teman aku,
Teman malamku dari jauh disebalik gelap malam.

Langit malam,
Jika malam ini kau akan terang,
Diterang oleh cahaya bulan dan bintang,
Khabarkan kepada aku dia turut terangi malamku,
Bersama hadir jasad dan jiwanya,
Membawa bersama rasa cinta yang aku tunggu.

Langit malam,
Bila jendela malam mu mula melabuh,
Saat terang bulan dan bintang membawa diri,
Jangan tinggal kan dia bersendiri,
Kirimkan kepadaku,
Aku jaga, aku lindung, aku cinta.
Permisi aku.

Jalan Duka

Merah darah tanah warnanya,
Hela lelah terkam ke dada,
Pekat gelap itu kisahnya,
lembaran sejarah terbuka sengaja.

Sakit rintih itulah padah,
Tulang rapuh hancur terbelah,
Ritma indah hanyalah helah,
putih mata akhirlah kisah.

Jalan itu ku kira bahagia,
Terang mulanya kelam akhirnya,
Tidak berkira kerna ku alpa,
Bahagia ku pinta derita sudahnya.

Tiada pintasan menuju bahagia,
Keringat dikerah pengeras awalnya,
Waktu ku putar khayalan semata,
Hakikat termaktub sebuah cerita.

Dikejar jangan bahagia sesaat,
Indahnya sekejap sampai penamat,
Kejayaaan dicari cara terselamat,
Mudahan bahagia hingga hujung hayat.

Radin Aizuddin , Mac 2013

IBU

Aku rebah,
Dalam dakapanmu aku kamu hangatkan,
Dalam lipatan cintamu yang rapi,
Penuh kasih sayang,
Aku lemah,
Aku tunduk,
Lemah daya imanku tanpa kamu.

Bagai sebuah boneka,
Aku kamu atur jalan cerita,
Watakku kamu lukis penuh mesra,
Aku turuti tanpa kata,
Tanpa ragu, tanpa sangsi.

Aku kau usung ke sana ke sini,
Tidak mengeluh walau peluh membasahi,
9 purnama berkorban beronak berduri,
Demi melahir khalifah di bumi ini.

Sepi diriku tanpa kamu,
Sesat diriku tanpa panduanmu,
Hanyut diriku tanpa prihatinmu,
Samar masa depan ku tanpa aturan mu.

Aku mampu mati demi kamu,
Aku bisa rebah untuk kamu,
Perjuangan hidupku kerana kasihmu,
Sampai hujung lelah hela nafasku ada kamu,
Kamu yang melahirkan ku,
Kamu yang mencorak aku,
Terima kasih syurgaku, IBU.

Radin Aizuddin, March 2013

Cinta Berahi

Perlahan kau aku baringkan diatas katil itu. Lembut rambutmu aku selak trlihat dahi licinmu. Lantas ku kucup mesra bibirmu. Kita berlayar.

Tubuhmu ku rangkul kemas rapat ke tubuh ku. Sambil bibir kau dan bibir ku mencipta lagu, jari jemari kita bersatu. Kau rintih gersang saat ku palu.

Gugur peluh lelahmu atas tubuhku. Saat itu rancak lidahku membelai lidah mu. Erangan mu mencabar hormon gersangku. Kemas kau rangkul pedang berahiku.

Hangat kini kau dan aku,
Berlayar jauh didalam kamar kelambu itu. Pedang berahi ku singgah di pinggir bibirmu. Lidah mu melakar kawasan larangan itu. Aku biarkan, aku layan kan. Melodi asmara memecah hening malam.

Tidak ku tahan lantas ku terkam,
Apam mu seakan memanggil ku datang. Akhirnya 69 karma tentukan. Ku kau ratah, kau ku jamah.

Sejam berlayar klimaks mendatang. Bermandi peluh hangatnya asmara. Pedang ku hunus membelah samudera. Ribuan sperma cinta berlari mencari bahagia.

Kau dan aku mengakhiri cerita.
Dalam pelukanku kau terlena. Kerana penatnya melayar bahtera cinta. Malam berlalu kenangan untuk kita.

Radin Aizuddin, March 2013

Lahad Datu

Darah muda itu sebagai cagaran,
Nyawa muda itu menjadi taruhan,
Tapi jiwa perang itu tidak goyang,
Semangat juang itu kian garang.

Lengkap segak uniform menghias badan,
Rapi kemas senjata dalam pegangan,
Ilmu juang siap dalam genggaman,
Wira ini sedia dibenteng hadapan.

Tidak sekali akan ke belakang,
Walau nyawa dalam bayangan,
Kerna sudah sumpah sedia terkorban,
Hidup mati ketentuan Tuhan.

Lapan nyawa sedia terkorban,
Mengukir nama dalam setiap ingatan,
Peluru syaitan menyinggah badan,
Terkorban badan atas nama kedaulatan.

Rebah engkau menjadi ingatan,
Rebah engkau penuh penghormatan,
Damai lah engkau bersama Tuhan,
Wahai pejuang, jasamu sentiasa dikenang!

Aku Dan Dosa

Kau boleh hina aku,
Kau boleh caci aku,
Kau boleh herdik aku,
Kerana aku insan yang berdosa.

Tapi kau mungkin lupa,
Tiada insan biasa yang terlepas daripada dosa.

Jangan abaikan aku,
Jangan sisihkan aku,
Jangan persiakan aku,
Kerana aku insan yang berdosa.

Mungkin kau lupa,
Tiada insan berdosa yang tiada sinar masa depan.

Kau sakiti aku,
Kau lukai aku,
Kau curigai aku,
Kerana aku seorang insan berdosa.
Kerana aku tidak seperti mereka yang berwajah cantik dan kacak,
Kerana aku tidak berkopiah,
Kerana aku tidak bertudung.
Kau pandang aku seperting seekor binatang.

Aku akan pergi daripada dunia khayalan,
Aku akan tinggalkan kau yang membawa aku kepada kesesatan,
Aku akan bina semula segala jurang pemisah,
Jurang antara kebenaran dan kebatilan.

Kerana aku yang kau nampak hina,
Aku akan doakan kau,
Kau yang kononnya maksum,
Kau yang kononnya sempurna,
Kau yang benar dalam segala hal,
bertemu dengan kebenaran yang telah jauh menyesatkan kau.

Terima kasih pembenci.

Radin Aizuddin, March 2013