IBU

Aku rebah,
Dalam dakapanmu aku kamu hangatkan,
Dalam lipatan cintamu yang rapi,
Penuh kasih sayang,
Aku lemah,
Aku tunduk,
Lemah daya imanku tanpa kamu.

Bagai sebuah boneka,
Aku kamu atur jalan cerita,
Watakku kamu lukis penuh mesra,
Aku turuti tanpa kata,
Tanpa ragu, tanpa sangsi.

Aku kau usung ke sana ke sini,
Tidak mengeluh walau peluh membasahi,
9 purnama berkorban beronak berduri,
Demi melahir khalifah di bumi ini.

Sepi diriku tanpa kamu,
Sesat diriku tanpa panduanmu,
Hanyut diriku tanpa prihatinmu,
Samar masa depan ku tanpa aturan mu.

Aku mampu mati demi kamu,
Aku bisa rebah untuk kamu,
Perjuangan hidupku kerana kasihmu,
Sampai hujung lelah hela nafasku ada kamu,
Kamu yang melahirkan ku,
Kamu yang mencorak aku,
Terima kasih syurgaku, IBU.

Radin Aizuddin, March 2013

0 comments: