Bila lagi?
Bila termakan budi,
Semua buta hati,
Yang kotor jadi
suci,
Yang buruk pandang
tepi.
Bila termakan budi,
Bijak pandai jadi
tuli,
Perlahan agama
ditolak tepi,
Berpaksi Tuhan
kepada pembudi.
Bila termakan budi,
Lahirmya manusia
bangang abadi,
Katanya rezeki
bukan dari Maha Pemberi,
Sanggup serlah aib
sendiri,
Hanya kerana sebuah
budi.
Bangun abang,
bangun kakak, bangun adik, bangun semua,
Segerakan sucikan
hati,
Buka kembali kalam
suci,
Rezeki itu datang
dari Ilahi,
Bukan pemimpin
diktator bumi,
Bukan budi pengikat
diri.
Jangan kerana budi
kebatilan jadi suci,
UBAH sekarang
jangan tunggu nanti,
Peluang datang
jangan terlepas lagi,
Segera kawan
REFORMASI diri,
Bila lagi?
INI KALILAH.
-Radin Aizuddin,
Mei 2013
0 comments:
Post a Comment