Bila Lagi?


Bila lagi?

Bila termakan budi,
Semua buta hati,
Yang kotor jadi suci,
Yang buruk pandang tepi.

Bila termakan budi,
Bijak pandai jadi tuli,
Perlahan agama ditolak tepi,
Berpaksi Tuhan kepada pembudi.

Bila termakan budi,
Lahirmya manusia bangang abadi,
Katanya rezeki bukan dari Maha Pemberi,
Sanggup serlah aib sendiri,
Hanya kerana sebuah budi.

Bangun abang, bangun kakak, bangun adik, bangun semua,
Segerakan sucikan hati,
Buka kembali kalam suci,
Rezeki itu datang dari Ilahi,
Bukan pemimpin diktator bumi,
Bukan budi pengikat diri.

Jangan kerana budi kebatilan jadi suci,
UBAH sekarang jangan tunggu nanti,
Peluang datang jangan terlepas lagi,
Segera kawan REFORMASI diri,
Bila lagi?
INI KALILAH.

-Radin Aizuddin, Mei 2013

0 comments: