Sabtu, Tengah Hari dan Sepi

Tengah hari aku berteman sepi
sahabat-sahabat masih mengulit mimpi
seorang dikamar
seorang di ruang tamu
tidur dan tidur
aku
bertemankan lembaran putih
lagu dan sepi
cukup damai untuk aku baitkan puisi ini
cukup rona sebak rasa untuk aku melayan jiwa ini
sendirian
kekosongan
kelohongan
kebodohan
kehilangan

mana awak?
awak yang selalu teman saya
awak yang sering dulu kucup pagi saya
awak yang selalu belai mesra saya
awak yang selalu dendang merdu dicuping telinga
awak yang selalu mencintai saya
awak sudah pergi dari hidup saya?

saya takut
takut untuk menggangu awak
awak yang dalam kebahagian
awak yang dalam kegembiraan
awak yang diteman sosok sosok lain
awak yang melupa masih ada jasad menanti
menanti dengan penuh rindu
menanti dengan air mata
menanti dengan duka lara
menanti dengan cinta
cinta yang awak dan saya cipta
cinta yang kian rapuh?
cinta yang kian pudar?
cinta yang kian hilang?
Cinta yang mengorak langkah kecil
berlalu pergi.

Lembaran putih ini menjadi saksi
satu persatu air mata menitis
Jatuh menyembah bumi
Jatuh ditarik arus graviti
Jatuh kerana rasa yang sudah mati
Jatuh kerana restu yang telah pergi
Jatuh kerana hati seperti ruang kosong
tiada berpenghuni
tiada bertuan.

awak
awak yang tengah mengukir senyum bahagia
awak yang sedang asyik menguntum senyum
awak yang lena diulit indah
awak yang masih berada diruang paling atas di hati saya
jika dengar rintih hati ini
sedarlah
kunci hati ini selamanya tertulis atas nama awak.

Radin Aizuddin, 15 Jun 2013
1.28 PM

0 comments: