Nyawa Hujung Masa


Jejak jejak hidup merangkul masa,
Dititi demi detik beribu rasa,
Berpenghujung mati bersua jua,
tidak esok, barangkali lusa.

Terus gagah menggapai angan,
Lelah usaha berimbun cagaran,
Yang dicari sebuah kejayaan,
Ukiran senyum menjadi imbuhan.

Musim asmara menggamit jiwa,
Berlayar megah suatu ketika,
Hanya kenangan menutur kata,
Kini masa dihujung tiba.

Simpan kemas ketat dalam ingatan,
Setiap saat menjadi rinduan,
Kalam suci sebuah teman,
Hembus perlahan lahan,
Selamat jalan.

- Radin Aizuddin , Mei 2013

Mimpi



Embun pagi menyapa pipi,
Saat kaki memijak bumi,
Ritma alam bertukar berahi,
Mencari arti sebuah mimpi.

Sekeping hati bersulam mimpi,
Yang digagah sehampar harapan,
Bertali usaha bergugus doa,
Dititip ikhlas sebuah janji.

Seraut wajah menjadi bukti,
Memapar jelas sejuta lelah,
Siang ke malam berperang emosi,
Mencari jawapan disebalik mimpi.

Tawakal terakir pelaburan suci,
Ombak resah membadai hati,
Mengenang nasib menggapai mimpi,
Semoga Kejayaan ganjaran abadi.

- Radin Aizuddin, Mei 2013

Comel



Manis manis ayu,
Redup hati saat menghampar senyum,
Melembar indah manis seraut nikmat,
melihat agung sebuah ciptaan.

Berhias indah di tanah pipi,
Terukir lesung bernama pipit,
Membawa terbang sejuta hati,
Waktu senyum menggigit emosi.

Lembut lembut teletah diri,
Senang dimata jauh dibenci hati,
Jalang bukan gelaran diri,
Comel pilihan hati hati orang berbudi.

- Radin Aizuddin , Mei 2013

Selamat Hari Ibu




Bait kata kata ini tidak sindah dodoi mesramu,
Rangkap rangkap ini tidak semanis belai manjamu,
Tapi izin aku mencoret sesuatu untukmu,
Sebagai hadiah di hari ibu.

Kecil hingga besarku tak lekang kamu disisiku,
Tidak pernah tersisih dari celah isi hatimu,
Tidak terpisah jarak dan waktu,
Seperti aku ketika didalam kandungan mu,
suatu masa dahulu.

Tidak terbalas jasa dan budimu,
Luas kasihmu menghampar seluas alam,
Kasih dan sayangmu tulus tak putus,
Susah atau senang,
Tetap senyuman terukir di bibir mu.

Syurgaku tetap bersama mu,
Apa mahu mu akan tetap ku turut,
Dengan nyawaku ke sedia korban untukmu,
Kamu duniaku membawa ke "Taman Ilahi".

Terima kasih untuk kasih dan budi,
Terima kasih untuk suka dan duka,
Terima kasih untuk susah dan senang,
Terima kasih untuk perit pedih melahirkan ku.

Hashnah Binti Suhot :)

- Radin Aizuddin

Darah Kita Merah




Kisahnya masih seperti dulu,
Aku, kau dan dia,
Berpijak di bumi yang satu,
Berbumbungkan langit yang sama.

Warna kita berbeza,
Darah kita kekal sama,
Merah,
Membara,
Seperti hati hati kita yang utuh,
Bersatu tidak kira waktu.

Aku melayu,
Kau cina,
Dia india,
Bukan itu kayu ukur kita,
Kita bersaudara,
Kita rakyat bumi bertuah.

Buang rasa benci,
Bina rasa sayang,
Jauh caci maki.
Kesepaduan kita pegang.


Radin Aizuddin, Mei 2013

Kini Sorang Sorang


terlalu penat untuk pertahankan,
lebih baik  melepaskan,
perlahan lahan sayang semakin hilang,
senyap senyap cinta melayang terbang.

semua senda tawa simpan dalam dalam,
semua sakit duka ikat ketat ketat,
lepas ni kau dan aku sorang sorang,
tiada kita tiada lagi bahagia.

elok tidak lagi menyakiti,
baik tidak lagi disakiti,
hanya tinggal diri sendiri,
indah itu dikemudian hari.

Radin Aizuddin , Mei 2013

Jahat



Tenang,
Tak perlu bimbang,
Yang benar tetap menang,
Yang salah bakal goyang.

Senang,
Penipu tak akan tenang,
Pengkhianat bakal tayang,
Semuanya dalam bayang bayang.

Hujan


Jendela lusuh ku singkap perlahan,
Berarak berat awan hitam,
Bertempiaran pipit tuju ke sarang,
Tempayan atur tadahan hujan.

Sesekali suara garau menerpa,
Berselang pula cahaya terang,
Laju angin membelai alam.
Hujan datang senyap dan perlahan,
Rahmat Tuhan.

Disebalik jendela melihat hujan,
Tanah tandus berlopak syukur,
Bumi haus bergenang rahmat,
Nikmat suci santapan bahagia.

Sungai derita berpenghujung mati,
Terus mengalir menyubur hati,
Hujan rebah menerpa dingin,
Derita menempel berganti bahagia.

Berharap rahmat berhenti jangan,
Dahaga nikmat sekian purnama,
Tempayan suka menuju puncak,
Bekalan bahagia hari mendatang.

Terima kasih hujan.

Radin Aizuddin, Mei 2013

Demokrasi Sudah Mati



Selamat jalan,
Pergi lah menghadap dengan aman,
Semadilah perlahan dengan tenang,
Lambaian terakhir berkibar sayu,
Bumi ini terkubur nilai bersatu,
Tipu itu menjadi lagu,
Mengkhayal dan membinasa satu persatu,
Jangan berharap keadilan bergema menyatu,
Kerna suara marhaen itu seperti batu,
Kuasa beralas dusta itu merobek demokrasi, 
Undi mengundi hanya layar menipu,
hakikat kini demokrasi sudah mati,
Dek tangan tangan berhati 'mata satu'.
Selamat tinggal demokrasi.

Radin Aizuddin, Mei 2013

Doa


Sebuah doa,
Di utus kepada Maha Esa,
Dihias bersama tawaduk dan ikhlas,
Moga diterima bersama makbul.

Tiada apa apa,
Sehelai sepinggang,
Dibiar lama terbogel sendirian,
Dan Doa senjata utama,
Susah senang bersama Doa.

Disebalik seribu susah menempel diri,
Senyum itu masih bersama,
Meski diri susah gelisah,
Doa mendekat pada pencipta,
terus tenang.

Jangan ragu dengan doa,
Sebaik baik senjata,
Luahan diruntum kepada Tuhan,
Tulus doa jangan ragu,
Ada yang mendengar.

Santun kan tutur kata,
Indahkan bait bahasa,
Rendahkan nada syahdu,
Perlahan lahan rayu,
Jangan gopoh,
Itu penciptamu,
Ya, doa itu.

Gelap

Kiri kanan atas bawah, Semua gelap, Pekat tiada cahaya, Perlahan lahan sesat dari jalan, Jalan kebenaran kini penuh noda dusta. Mana jalan terang yg dulu, Kini sudah diselimut dgn kebatilan, Hilang sudah rasa bahagia, Yang tinggal duka sengsara. Jika jalan ini akan disusur sampai akhir waktu, Tiada bahagia untuk di dunia kekal abadi, Tolong tarik aku dari lembah dosa ini. Radin Aizuddin, Mei 2013

Rasa Mati


aku masih mencari,
mencari rasa rindu yang sering merunsing malam,
malam yang sepi tanpa suara,
suara yang sering meruntuh dinding hati,
hati yang  aku serah pada kau.

mungkin sudah hilang,
hilang segala rasa yang indah,
indah kerna ada kau aku dan kita,
kita yang tidak bisa terpisah,
terpisah oleh kerana ego sendiri,
sendiri aku sendiri berteman sepi,
sepi tanpa kasih.

sudah pergi,
pergi tak akan kembali,
setelah kau tabur luka,
luka terhiris dalam relung hati,
hati yang dulu cinta dan sayang,
sayang pada kau kini sudah mati,
mati untuk kau selamanya.

Radin Aizuddin, Mei 2013

Bila Lagi?


Bila lagi?

Bila termakan budi,
Semua buta hati,
Yang kotor jadi suci,
Yang buruk pandang tepi.

Bila termakan budi,
Bijak pandai jadi tuli,
Perlahan agama ditolak tepi,
Berpaksi Tuhan kepada pembudi.

Bila termakan budi,
Lahirmya manusia bangang abadi,
Katanya rezeki bukan dari Maha Pemberi,
Sanggup serlah aib sendiri,
Hanya kerana sebuah budi.

Bangun abang, bangun kakak, bangun adik, bangun semua,
Segerakan sucikan hati,
Buka kembali kalam suci,
Rezeki itu datang dari Ilahi,
Bukan pemimpin diktator bumi,
Bukan budi pengikat diri.

Jangan kerana budi kebatilan jadi suci,
UBAH sekarang jangan tunggu nanti,
Peluang datang jangan terlepas lagi,
Segera kawan REFORMASI diri,
Bila lagi?
INI KALILAH.

-Radin Aizuddin, Mei 2013