Bahagia Esok

hari ini,
masih tidak mampu tersenyum,
hanya ukiran senyum paksa,
kerana bahagia belum masih bersama,
datang dan pergi,
kekurangan melata merantai diri,
tidak sempurna, tidak berharta,
hari masih berarak awan hitam,
tiada sinar.

hari esok,
janji untuk cipta bahagia,
kata kosong bukan janji,
usaha gigih, siang malam tiada senggang waktu menyedut hela lega,
hanya tujuan cari senang seperti mereka,
lahir ditaburi mewah diri,
hanya syukur, ada yang alpa,
harta makan diri,
bukan itu impian esok, bahagia dunia akhirat, dengan izinNya.

Radin Aizuddin, April 2013

0 comments: