Aku Dan Dosa

Kau boleh hina aku,
Kau boleh caci aku,
Kau boleh herdik aku,
Kerana aku insan yang berdosa.

Tapi kau mungkin lupa,
Tiada insan biasa yang terlepas daripada dosa.

Jangan abaikan aku,
Jangan sisihkan aku,
Jangan persiakan aku,
Kerana aku insan yang berdosa.

Mungkin kau lupa,
Tiada insan berdosa yang tiada sinar masa depan.

Kau sakiti aku,
Kau lukai aku,
Kau curigai aku,
Kerana aku seorang insan berdosa.
Kerana aku tidak seperti mereka yang berwajah cantik dan kacak,
Kerana aku tidak berkopiah,
Kerana aku tidak bertudung.
Kau pandang aku seperting seekor binatang.

Aku akan pergi daripada dunia khayalan,
Aku akan tinggalkan kau yang membawa aku kepada kesesatan,
Aku akan bina semula segala jurang pemisah,
Jurang antara kebenaran dan kebatilan.

Kerana aku yang kau nampak hina,
Aku akan doakan kau,
Kau yang kononnya maksum,
Kau yang kononnya sempurna,
Kau yang benar dalam segala hal,
bertemu dengan kebenaran yang telah jauh menyesatkan kau.

Terima kasih pembenci.

Radin Aizuddin, March 2013

0 comments: